Cawangan Terakhir Ditutup, Legasi 240 Tahun Debenhams ‘Lenyap’

637

Selepas 240 tahun, akhirnya kedai barangan terkemuka di Britain, Debenhams menutup kesemua cawangannya di Britain pada Sabtu lalu.

Orang ramai dilihat membanjiri beberapa cawangan terakhir yang masih dibuka bagi merebut peluang membeli barangan pada harga yang murah sempena penutupan kedai tersebut.

Jenama Debenhams akan terus beroperasi secara atas talian selepas dibeli oleh syarikat fesyen, Boohoo sebanyak 55 juta pound pada Januari lalu.

Sebelum ini, Debenhams mempunyai lebih 150 cawangan di seluruh United Kingdom (UK) namun syarikat itu terpaksa menjual asetnya pada 2019 selepas mengalami penurunan dari segi jualan selama beberapa tahun.

Pandemik Covid-19 yang melanda menyebabkan Debenhams mengambil keputusan menutup semua cawangannya.

Pada Disember lalu, pemilik Debenhams mengumumkan sebanyak 12,000 pekerja terpaksa diberhentikan.

Selepas perintah berkurung ditamatkan di Britain, sebanyak 97 cawangan dibuka semula untuk membolehkan stok barangan yang terakhir dijual.

Debenhams dibuka pada 1778 oleh William Clark di West End, London dengan menjual fabrik, bonnet dan parasol.

Menjelang 1950an, Debenhams merupakan kedai terbesar di UK dengan 110 cawangan.

“Debenhams berkembang pesat pada tahun 1970an dan 1980an. Pada setiap petang Jumaat, kedai dibanjiri dengan pekerja wanita kilang,” kata bekas pekerja, Glenis Thompson.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat