CBDC Brazil Guna Teknologi Stellar, Harga XLM Mula Mendaki

183

Platform mata wang kripto dan aset digital terbesar Brazil, Mercado Bitcoin akhirnya mengikat kerjasama dengan Steller Development Foundation (SDF) dalam usaha merancakkan penubuhan mata wang digital bank pusat (CBDC) di negara itu.

Projek ini disokong Bank Pusat Brazil (BC) dan National Federation of Central Bank Servers Association (FENASBAC) dengan fokus terhadap pelbagai kes penggunaan berkaitan CBDC yang akan dikeluarkan BC kelak.

Difahamkan sebanyak sembilan projek telah dibentang Laboratory of Financial and Technological Innovations of Brazil (LIFT) dan salah satu daripadanya menjadi tanggungjawab Mercado Bitcoin.

Mereka akan membangunkan produk berdaya maju minimum (minimum viable product, MVP) yang memenuhi kehendak kerajaan Brazil dalam perlaksanaan CBDC.

Di sinilah Mercado Bitcoin akan membangunkan penyelesaian yang mampan menggunakan teknologi Stellar: “Manfaat yang ditawarkan blockchain ini sudah cukup untuk dinilai oleh bank pusat.”

Pada masa yang sama, Stellar juga sedang bersedia dengan kes penggunaan untuk CBDC Brazil, menunjukkan mereka bersungguh-sungguh mahu mengubah pengendalian wang di negara itu.

Jangkaan pelancaran CBDC Brazil

Gabenor BC, Roberto Campos Neto mendedahkan pelancaran CBDC dijangka berlaku pada suku kedua (Q2) 2022 bermula dengan pengujian terlebih dahulu sebelum dirasmikan untuk kegunaan masyarakat.

Khabar mengujakan ini membawa pergerakan positif untuk harga XLM.

Ketika penulisan, seunit XLM didagangkan pada $0.13, meningkat hampir 8% sejak rekod terendah harian, $0.12 pada petang semalam, 3% dalam 24 jam tetapi masih susut hampir 5% sejak minggu lalu.

Aset ini masih jauh dari paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.9 yang direkod pada 4 Januari dan memerlukan lonjakan 86% untuk tebus rekod terdahulu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat