CBDC Hong Kong Berbeza Daripada Negara Lain!

148

“Banyak negara dah nak buat CBDC, Malaysia je macam belum bersedia lagi.”

Diselusuri dengan rekaan bentuk baharu, pihak berkuasa Hong Kong berhasrat melancarkan mata wang digital bank pusat (CBDC) dalam bentuk stablecoin yang disokong kerajaan.

Menurut Wu Jiezhuang, ahli Majlis Perundangan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong yakin penukaran dolar digital Hong Kong (e-HKD) kepada stablecoin bakal wujudkan pelbagai manfaat untuk penggunaan teknologi baharu seperti Web3.

Tambahnya lagi, e-HKD mampu membantu pihak berkuasa mendapat kepercayaan pelabur dan melindungi para pengguna daripada sebarang penggodaman atau penipuan.

Suka dimaklumkan juga bahawa stablecoin tersebut telah dikeluarkan oleh beberapa syarikat swasta dan tidak tertakluk kepada pengawasan kerajaan berikutan terdapat kegagalan beberapa projek stablecoin pada tahun 2022.

Sementara itu, e-HKD berkemungkinan disambungkan kepada kewangan decentralized (DeFi) untuk mendapat akses yang lebih baik dalam ekosistem Web3.

Umumnya, Wu Jiezhuang yang juga merupakan co-founder G-Rocket turut bermatlamat untuk menarik 1,000 perniagaan Web3 secara global untuk membuka kedai di Hong Kong dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat