CBDC Kazakhstan Bakal Tersedia Seawal 2023!

55

Kazakhstan yang merupakan negara hab perlombongan (mining) Bitcoin (BTC) ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat (AS) dan China juga dilihat enggan ketinggalan dalam melancarkan mata wang digital bank pusat (CBDC) sendiri yang dinamakan Digital Tenge.

Pelancaran tersebut dikatakan telah mencapai keputusannya selepas Bank Negara Kazakhstan (NBK) menyelesaikan ujian fasa kedua mengenai CBDC itu.

Mengecap daripada Changpeng Zhao (CZ), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance itu menyatakan bahawa CBDC Kazakhstan akan disepadukan bersama rantaian BNB yang merupakan sebuah blockchain ditubuhkan oleh beliau.

Antara sebab utama Kazakhstan berminat mendalami CBDC adalah semata-mata untuk menguji sekiranya mata wang digital mampu tingkatkan rangkuman kewangan serta daya saing negara secara global termasuk mendorong persaingan dan inovasi dalam industri pembayaran.

Rentetan itu, pihak bertanggungjawab haruslah mementingkan penambahbaikan teknologi, penyediaan infrastruktur, pembangunan model operasi dan rangka kerja kawal selia agar CBDC tersebut dapat dilancarkan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

Hal ini berikutan kerana bank pusat Kazakhstan berhasrat menubuhkan CBDC pada awal tahun 2023 dan memperkenalkan operasi komersial menjelang akhir tahun 2025.

Sementara Kazakhstan percaya bahawa CBDC mereka mampu membangun jika ia sepenuhnya diiktiraf undang-undang atas alasan instrumen kewangannya yang selamat dan tidak mempunyai sebarang penipuan, ulas Presiden Kassym-Jomart Tokayev di forum antarabangsa Digital Bridge 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat