‘CBDC Lebih Selamat Berbanding Bitcoin’ – Pengarah Eksekutif BOE

789

Selepas El Salvador mahu mengiktiraf Bitcoin (BTC) sebagai matawang rasmi, komuniti yang mengikuti rapat perkembangan ini ‘berpecah’ dua pendapat: menyokong penuh dan sebaliknya.

Ada yang beranggapan penerapan Bitcoin (BTC) satu tindakan yang tidak wajar, sebaliknya lebih baik jika mewujudkan matawang digital negara seperti yang sedang diusahakan oleh China, berbanding bergantung kepada kripto semata-mata.

Terbaru pengarah fintech di Bank of England (BOE), Tom Mutton menyifatkan CBDC sebagai wang yang lebih selamat. Secara peribadinya, beliau juga membezakan CBDC yang dibayangi stablecoins dengan ‘private money’ lain.

“Kemampuan untuk menukar dan ada permintaan, ‘private money’ – seperti deposit bank, menjadi ‘public money’ yang dikeluarkan oleh bank pusat dalam bentuk tunai adalah asasnya. Ia juga mendorong pemahaman yang pelbagai jenis wang adalah seragam dan boleh diganti.”

Mutton juga percaya CBDC di negara itu perlukan perhatian sebelum pelancaran. Ini menunjukkan sikap optimistiknya terhadap matawang digital termasuk peranan blockchain terhadap paun digital.

Pendapatnya ini dilontarkan dalam persidangan ‘Future of Fintech’ oleh FStech semalam. Tidak ketinggalan Mutton turut memberi respons terhadap kertas perbincangan yang diterbitkan BOE pada tahun lepas, melibatkan 39% respons dari firma teknologi dan fintech dan 5% dari institusi kewangan.

“Tidak kira apa pun hasilnya, sama ada CBDC diperlukan atau tidak, kajian mendalam perlu dilakukan untuk mencapai kesepakatan dalam kebaikan dan keburukannya. Ia penting sebelum mencapai apa-apa kesimpulan.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat