CBS, Viacom Jalin Kerjasama

95

Syarikat gergasi media Amerika Syarikat, Columbia Broadcasting System (CBS) dan Viacom mengumumkan bersetuju untuk bergabung bersama individu yang sangat berpengaruh dalam industri hiburan AS, Sumner Redstone seterusnya menjadikan syarikat itu mempunyai gabungan hasil lebih daripada $28 bilion dan kira-kira $30 bilion dari segi nilai pasaran.

Dengan penggabungan ini, syarikat itu akan dikenali sebagai “ViacomCBS Inc.” dan akan diterajui oleh Bob Bakish iaitu presiden dan CEO terdahulu bagi syarikat Viacom. Dari segi pemilikan, 61% diberikan kepada pemegang saham CBS dan selebihnya milik Viacom.

Ini merupakan percubaan kali ketiga dalam usaha menggabungkan syarikat itu. Melalui perjanjian ini, sebanyak $500 juta boleh dijimatkan pada kos tahunan dalam masa satu atau dua tahun.

Seramai 13 ahli lembaga akan dilantik, 6 daripada ahli bebas CBS, 4 daripada ahli bebas Viacom, 2 daripada ahli National Amusements, bersama Bakish iaitu CEO yang telah dilantik. Anak kepada Sumner Redstone, Shari Redstone pula akan dilantik menjadi pengerusi.

Kerjasama ini menyaksikan gabungan rangkaian televisyen CBS, CBS News, rangkaian kabel Showtime bersama MTV Networks, Nickelodeon, Comedy Central dan studio filem Paramount. Bersama, mereka akan memiliki lebih daripada 140 ribu episod televisyen dan 3,600 buah filem.

Jika mahu dibandingkan dengan pesaing utama mereka, syarikat ini dilihat kerdil kerana jauh ketinggalan dari segi nilai pasaran. Netflix dianggarkan bernilai $136 bilion, Walt Disney sekitar $245 bilion manakala Comcast $193 bilion.

Saham bagi kedua-dua syarikat ini dilaporkan meningkat selepas pengumuman mengenai penggabungan ini dibuat. Saham Viacom mencatatkan kenaikan 2.38% kepada $29.21 manakala saham CBS naik 1.37% kepada $48.70.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat