Cecah Paras Terendah 11 Tahun, AUD/USD Dibuka Lebih Rendah Pada Minggu Ini

261

Pasaran kewangan pada dagangan awal minggu ini masih dalam sentimen berisiko dengan laporan peningkatan jangkitan Coronavirus di luar China yang agak drastik.

Pada hujung minggu, dilaporkan peningkatan ketara kes jangkitan virus di Korea Selatan lebih 600 kes, di Itali dengan lebih 150 kes serta di Iran dengan 43 kes.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan angka kes wabak COVID-19 yang menular ini tanpa maklumat jelas dari China.

Antara matawang ketara yang terkesan adalah dolar Australia dengan siri penurunan harga terus dipamerkan pada carta pasangan matawang AUD/USD ke paras terendah terbaru sejak Mac 2009.

Dengan sentimen yang kekal berisiko, harga pada carta AUD/USD dibuka lebih rendah berbanding paras terendah harga yang dicecah minggu lalu iaitu pada sekitar 0.65830.

Harga yang dibuka lebih rendah tersebut kemudiannya mencatatkan kenaikan pada awal sesi Asia bermula sebelum kembali bergerak perlahan semula selepas gagal melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Penurunan harga yang diteruskan bakal mencatatkan paras terendah terbaru jika berjaya melepasi paras terendah pada pembukaan harga pada awal sesi pagi ini.

Harga akan terus ditekan ke paras lebih rendah didorong oleh pengukuhan US dolar dalam suasana pasaran yang berisiko.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan dan berjaya melepasi paras halangan dinamik MA50, harga berkemungkinan menunjukkan isyarat awal perubahan trend bagi menamatkan siri penurunan harga.

Kenaikan harga bakal menuju zon SBR (support become resistance) di sekitar paras 0.66700 yang berjaya ditembusi pada penurunan harga minggu lalu.

Jika harga gagal tembusi zon tersebut, siri penurunan harga berkemungkinan akan diteruskan kembali.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat