Cemerlang! Ekonomi Malaysia Terus Kukuh Pada Suku Pertama

348

Ekonomi Malaysia terus cemerlang pada suku pertama tahun ini, dengan pertumbuhan yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Terbaharu, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Perangkaan melaporkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tempoh Januari hingga Mac berkembang sebanyak 5.6% daripada setahun lalu.

Pertumbuhan yang dicatatkan juga melebihi jangkaan Reuters yang mengunjurkan KDNK berkembang 4.8% pada suku tersebut.

Antara faktor menyokong pertumbuhan adalah perbelanjaan isi rumah yang terus berkembang kukuh, aktiviti pelaburan berterusan dan peningkatan kemasukan pelancong asing.

Selain itu, pasaran buruh juga dilihat terus bertambah baik pada suku pertama 2023 dan diramalkan kekal memberi dukungan kepada permintaan dalam negeri.

Ekoran daripada itu, Malaysia dijangka dapat mencapai sasaran KDNK oleh bank pusat untuk pertumbuhan 4% hingga 5% pada tahun 2023 secara keseluruhan.

Daya tahan ekonomi dalam menghadapi ketidaktentuan global telah membuktikan langkah pengetatan dasar BNM pada minggu lepas adalah betul selepas ia berhenti seketika awal tahun ini.

Sementara itu, Gabenor BNM Nor Shamsiah Yunus memberitahu bahawa ekonomi tidak lagi dalam krisis dan sebenarnya terus mendapat kekuatan.

Justeru, adalah perlu dan wajar bahawa dasar itu ditentu ukur semula untuk memastikan bank pusat terus berada di landasan pertumbuhan mampan.

Pada paras semasa OPR sebanyak 3%, pendirian dasar monetari adalah akomodatif dan terus menyokong ekonomi, kata Gabenor BNM.

Kepada pembaca atau trader Intraday, jangan lupa untuk sertai “Lucky Draw RM3,000” dari SaracenMarkets bulan ini. Untuk info lanjut, boleh whatsapp admin kami. Mana tahu rezeki anda bulan ini. KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat