CEO BCorp Ambil Alih 70 Juta Saham!

836

Berjaya Corporation Bhd (BCorp) mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, Abdul Jalil Abdul Rasheed mengambil alih 70 juta saham syarikat berkenaan dengan harga 28 sen sesaham.

BCorp menerusi kenyataan semalam berkata, pengambilalihan tersebut bersamaan dengan 1.4% daripada jumlah keseluruhan lima bilion saham syarikat berkenaan.

“Pengambilalihan kepentingan ekuiti dalam BCorp oleh Abdul Jalil mempamerkan tadbir urus korporat yang baik, beliau sebagai CEO kumpulan dan pemegang saham minoriti akan bertindak demi kepentingan syarikat serta pelbagai pihak berkepentingan,” ujarnya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Sementara itu, Abdul Jalil berkata, sebagai pemegang saham dan CEO kumpulan, beliau dapat melakukan perubahan dengan insentif yang tepat.

Tambah beliau, perkara itu juga merupakan undi percaya dalam syarikat terbabit dan menunjukkan keseriusan dalam fasa penginstitusian yang sedang dilakukan oleh syarikat itu.

“Saya mengambil peranan sebagai CEO kumpulan ini untuk melakukan transformasi BCorp. Berdasarkan pengalaman saya, projek sebesar ini akan mendapat pencapaian terbaik apabila pemimpin diberi insentif dan seiring dengan semua pemegang saham minoriti,” jelasnya.

Abdul Jalil dilantik sebagai CEO BCorp pada 16 Mac lalu. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Presiden dan CEO Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat