CEO British Airways Letak Jawatan Secara Mengejut!

381

Umum mengetahui bahawa British Airways merupakan salah sebuah syarikat penerbangan yang paling terjejas akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19. Pada hari ini, syarikat penerbangan tersebut telah mengemukakan pengumuman bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Alex Cruz akan melepaskan jawatannya dalam kadar segera. Namun begitu, sebab perletakan jawatan berkenaan tidak didedahkan.

Di samping itu, kumpulan induk IAG mendedahkan bahawa Cruz telah memegang jawatan tersebut selama 4 tahun setengah dan akan digantikan oleh ketua Aer Lingus, Sean Doyle tetapi akan tetap menjadi ketua bukan eksekutif.

Sementara itu, ketua eksekutif IAG baru, Luis Gallego, yang mengambil alih jawatan tersebut dari Willie Walsh pada bulan lalu, mengatakan bahawa rombakan itu bertujuan untuk mempertahankan syarikat penerbangan itu dari kesan penularan wabak pandemik Covid-19, yang telah menjejaskan permintaan untuk perjalanan udara.

Tambahnya lagi, mereka menghadapi krisis terburuk dalam industri tersebut dan yakin bahawa rombakan dalaman ini akan memastikan IAG berada di kedudukan yang baik serta kukuh.

Bukan itu sahaja! Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada bekas CEO British Airways berkenaan serta mendedahkan bahawa beliau telah bekerja tanpa erti lelah untuk memodenkan syarikat penerbangan itu pada tahun-tahun menjelang perayaan ulang tahun mereka yang ke-100. Sejak itu, dia memimpin syarikat penerbangan itu melalui fasa yang sangat kritikal dan berjaya mematerai perjanjian penyusunan semula dengan sebahagian besar pekerja.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat