CEO Coinbase Jual 2% Sahamnya, Ada Udang Di Sebalik Kripto?

136

Brian Armstrong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Coinbase exchanger kripto merancang menjual 2% saham dalam syarikatnya agar dapat membiayai penyelidikan saintifik dalam syarikat bioteknologi NewLimit serta ResearchHub.

Difahamkan, ArmStrong yakin bahawa syarikat Coinbase bakal mengembangkan perkhidmatan exchanger kripto termasuklah mencapai misi yang ditetapkannya.

Oleh demikian, beliau berhasrat untuk menjadi CEO Coinbase dalam jangka masa yang lama supaya Coinbase dapat menyumbang kepada pasaran kripto melalui cara berbeza serta mampu memajukan lagi perniagannya.

Rentetan itu, Armstrong menegaskan akan memberi fokus pada langganan serta menstabilkan kewangan syarikat agar para pelabur tetap menggunakan perkhidmatannya walaupun pasaran kripto mengalami kejatuhan.

Beliau juga dikatakan memiliki 16% saham dalam exchanger kripto Coinbase termasuk mengawal 59.5% saham mengundinya.

Secara rekod, saham Coinbase (COIN) menyusut dengan didagangkan pada paras sekitar $63.00.

Namun pada bulan Mei lalu, COIN menunjukkan sedikit lonjakan sejurus selepas jatuh pada harga $50 daripada $130.

Sementara itu, syarikat besar Goldman Sachs dan JPMorgan pernah memandang enteng terhadap Coinbase ekoran kejatuhan harga dan volum dagangan COIN yang rendah.

Pada sumber berbeza, Coinbase kini memperoleh lesen di Singapura dan menandatangani perjanjian bersama Google Cloud dalam membenarkan pembayaran kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat