CEO Coinbase – Ini 1 Perkara Mampu Menghambat Perkembangan Kripto!

1,755

Pada hari ini, harga Bitcoin telah mencapai paras harga tertinggi sepanjang masa (ATH) yang didorong oleh penyenaraian Coinbase di Nasdaq. Bitcoin berjaya cecah $64,758 dan Ethereum pula merekod nilai pada $2,397.

CEO Coinbase, Brian Armstrong dalam salah temu bual bersama CNBC telah berkongsikan kerisauan beliau mengenai industri kripto. Menurut beliau, peraturan adalah salah satu risiko terbesar dalam perniagaan matawang kripto.

Tambah beliau, kerisauan terhadap risiko peraturan kripto adalah sejajar dengan keselamatan siber. Tambahan pula kini Coinbase adalah syarikat awam. Justeru setiap apa yang dilakukan akan dipantau dan orang awam juga ingin memahami implikasinya.

Sehingga kini Coinbase telah beroperasi selama 10 tahun dan syarikat ini juga telah dikenali oleh para penggubal undang-undang dan penggubal polisi di seluruh dunia. Maka tumpuan sekarang  adalah tentang bagaimana membina industri kripto dan syarikat ini dengan lebih bijaksana.

Coinbase ditetapkan untuk menjadi syarikat kripto utama pertama yang disiarkan di A.S. setelah memasuki pasaran melalui penyenaraian langsung pada hari ini. Nasdaq memberi syarikat itu harga rujukan pada $ 250 sesaham menjelang penyenaraian langsung, dimana akan menyebabkan pertukaran matawang kripto bernilai $ 65.3 bilion.

Walaupun Armstrong khuatir bahawa peraturan kripto dapat menghambat industri kripto namun beliau mengalukan jika coinbase dikenakan peraturan. Dengan itu perkhidmatan kripto dianggap setaraf dengan perkhidmatan kewangan tradisional.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat