Cepatnya Trump Kembali Bertugas!

946

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan telah kembali bertugas dan mengadakan mesyuarat ringkas di Oval Office, kurang seminggu selepas beliau disahkan positif Covid-19.

Menurut doktor peribadinya, Sean Conley, Trump tidak menunjukkan sebarang simptom Covid-19 untuk lebih 24 jam dan didapati bebas demam selama lebih 4 hari.

Dalam pada itu, Trump ketika berucap menerusi video berkata, beliau berasa ‘hebat’ dan ini merupakan anugerah daripada Tuhan.

Tambah Trump, beliau mahu semua rakyat Amerika mempunyai akses kepada semua rawatan yang diterima olehnya.

Beliau turut berjanji untuk membekalkan kesemua ubat-ubatan yang dihasilkan oleh Regeneron Pharmaceutical dengan percuma.

Dakwa Trump, koktel antibodi yang diberikan kepadanya pada minggu lalu merupakan penawar berbanding rawatan terapi sambil menambah ratusan ribu dos antibodi berkenaan hampir siap.

Walau bagaimanapun, antibodi tersebut tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

“Saya mendengar mengenai ubat ini, saya katakan kepada mereka, biarkan saya mengambilnya dan ia sangat hebat,” kata Trump selain akan cuba mencari jalan mendapatkan kelulusan penggunaan antibodi terbabit.

Semalam, Trump mengadakan mesyuarat ringkat berkenaan Taufan Delta di Teluk Mexico dan rundingan terbaharu dengan Demokrat mengenai pakej rangsangan ekonomi.

Awal semalam, Ketua Kakitangan, Mark Meadows berkata, sesiapa yang berinteraksi dengan Trump diwajibkan memakai pakaian perlindungan peribadi yang lengkap, topeng muka dan gogal. Kebanyakan daripada pegawai dan kakitangan Trump masih lagi menjalani kuarantin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat