Chainlink (LINK) Bakal Melonjak Disebabkan Faktor Ini?

226

Mata wang kripto Chainlink (LINK) terus mendaki tinggi walaupun pasaran kini berada dalam keadaan bearish.

Oleh demikian, para pelabur semakin memberi kepercayaan penuh terhadap LINK susulan peningkatan harganya yang konsisten.

Menurut LINK di Twitter, platformnya telah meningkatkan 15 integrasi merentasi rangkaian BNB, Ethereum, Moonbeam dan Polygon agar dapat menarik minat para pelabur baharu menggunakan perkhidmatan mereka.

Tambahnya lagi, perkembangan LINK telah menarik minat kebanyakan whales untuk melabur dalam tokennya sejak tiga bulan lalu.

Buktinya, LINK berjaya mendapat kedudukan top 1,000 ETH whales holdings manakala whales mempunyai pegangan aset digital tersebut berjumlah $46 juta.

Namun begitu, address pengguna yang aktif pada rangkaian semakin menyusut sungguhpun para pelabur dan institusi menunjukkan minat yang mendalam terhadap token LINK.

Hal ini berikutan kerana LINK kurang mendapat sambutan sosial di media yang telah membuatkan nilainya susut sebanyak 18.89% sepanjang minggu lalu, tetapi sehinggi kini aset digital tersebut masih mengekalkan momentumnya ekoran komuniti kripto lebih mengatakan perkara positif berbanding sebaliknya.

Dalam pada itu, harga LINK melonjak 1.92% sementara volum dagangan jatuh sebanyak 6.49% dalam tempoh 24 jam lalu.

Walau bagaimanapun, LINK berpotensi membuat peningkatan ekoran ia akan melancarkan protokol staking pada bulan Disember serta memberi insentif kepada pengguna dengan mengeluarkan ganjaran kepada staker.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat