Checkmate! Firma Pelaburan Emas Didenda RM450 Juta

1,791

Skandal yang melibatkan firma pelaburan emas Genneva Malaysia Sdn Bhd (GMSB) pada 8 tahun lalu, akhirnya tamat dengan 8 individu yang terlibat diheret ke muka pengadilan.

Persuruhjaya Kehakiman telah menjatuhkan hukuman denda antara RM1 juta hingga RM3 juta atau penjara antara empat hingga 9 tahun jika gagal berbuat demikian.

Barisan tertuduh ialah tiga pengarah GMSB iaitu Datuk Tan Liang Keat, Datuk Philip Lim Jit Meng dan Ahmad Khairuddin Ilias. Pengurus besar iaitu Lim Kah Heng, dua penasihat Datuk Ng Poh Weng dan Datuk Marcus Yee Yuen Seng, termasuk dua individu lain, Datuk Chiew Soo Ling dan Yao Kee Boon.

Success Aptitude dan Ng Advantage turut didenda antara RM1 juta dan RM5 juta termasuk syarikat GMSB atas kesalahan yang sama.

Berdasarkan pertuduhan tersebut, GMSB, Tan, Lim, Ng, Jit Meng dan Ahmad Khairuddin didakwa atas 12 pertuduhan yang membabitkan pengubahan wang haram hasil daripada aktiviti haram melalui cek daripada akaun CIMB Islamic Bank Berhad ke dalam akaun CIMB Bank Berhad milik mereka.

Mereka didakwa di bawah Subseksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.
GMSB, Success Attitude dan Ng Advantage, termasuk 7 individu lain – Tan, Lim, Ng, Jit Meng, Yee, Chiew dan Yao didakwa dengan 1,000 tuduhan melibatkan pengubahan wang haram, menerima wang hasil aktiviti haram daripada pelbagai syarikat.
Dakwaan tersebut berdasarkan Subseksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat