China Ada Agenda Penting Untuk dibincangkan Dengan Australia

36

Perdana Menteri China, Li Keqiang dijadual akan membuat lawatan pertama beliau ke Australia sejak kali pertama memegang jawatan tersebut pada tahun 2013 sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan perjanjian perdagangan bebas.

Li dijadual akan melawat Canberra, Sydney dan Auckland bermula 22 Mac.

Lawatan itu dibuat kerana Australia merupakan negara yang dilihat memerangi dasar perlindungan dengan ketara selepas Trump menarik diri daripada perjanjian perdagangan Asia-Pasifik selain telah mengancam untuk mengenakan tarif punitif terhadap China. Selama beberapa dekad, Australia juga dilihat lebih gemar mengambil pendekatan neutral dengan menyokong kepentingan strategik dengan AS disamping memelihara hubungan baiknya dengan rakan dagang utamanya, China.

Menteri Luar, Julie Bishop telah mengumumkan bahawa Perdana Menteri Li akan melawat Australia pada bulan Mac. Namun jurucakap beliau masih merahsiakan perjalanan tersebut dan enggan memberikan ucapan lanjut.

Pada minggu lepas, Bishop telah melontarkan kritikan terhadap kepada Parti Komunis yang mengandalikan Global Times dan mengelaskan China sebagai salah sebuah negara yang tidak demokratik.

Bishop juga menggesa agak China untuk membuat pembaharuan dalam negaranya bagi membuktikan bahawa beliau benar-benar menyokong kerjasama perdagangan bebas.

Dalam salah semua taklimat media tahunan pada Rabu, Li berkata bahawa Chian menyokong perdagangan bebas di samping akan terus membuka ekonomi China agar dapat diterokai. China juga dikatakan memperjuangkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau yang merupakan perjanjian perdagangan yang melibatkan 16 buah negara termasuk Australia.

Li juga dijangka akan bertemu dengan beberapa penasihat perdagangan Australia di Sydney.

Jerman Ada Pilihan Untuk Memfailkan Saman Terhadap Donald Trump!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat