China Ancam Untuk Bertindak Balas! Rundingan Perdagangan Semakin Mengkhuatirkan!

447

Pada hari Khamis, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menandatangani dua rang undang-undang yang menyokong penunjuk perasaan di Hong Kong walaupun berkali-kali mendapat bantahan keras daripada China.

Trump memberitahu keputusan yang dibuat adalah kerana beliau menghormati Presiden China Xi Jinping dan rakyat Hong Kong dengan harapan undang-undang tersebut dapat menyelesaikan perbezaan mereka yang membawa kepada pendamaian.

Berdasarkan Reuters, keputusan Trump telah mendapat sokongan majaroiti pihak Senat dalam menyokong undang-undang tersebut agar terlaksana.

Susulan daripada tindakan Trump mengisukan undang-undang yang menyokong penunjuk perasaan, Kementerian Luar Negeri China telah mengeluarkan amaran untuk mengadakan tindak balas terhadap AS.

Sebelum ini, China juga telah memberi amaran pada awal tahun ini selepas A.S membenar jualan senjata kepada Taiwan, sekatan syarikat teknologi daripada berhubung dengan China dan menyenaraihitamkan syarikat Huawei Tech. Co.

Tambah pihak China, “Kami mencadangkan agar A.S berhenti daripada masuk campur atau China akan mengambil tindakan tegas.” dan ” pihak A.S akan bertanggungjawab atas akibat yang terhasil”.

Mei Xinyu, penyelidik dibawa Menteri Perdagangan China berpendapat bahawa isu Hong Kong akan menjadi butiran penting yang akan didiskusikan dalam rundingan perdagangan dan China dijangka akan meminta pihak AS menjelaskan pendirian mereka atas isu ini atau membuat beberapa perubahan.

Tambah Xinyu, dalam masa yang sama, China juga akan membuat persiapan dalam membuat tindakan balas. Hal ini akan meningkatkan ketidakpastian dalam rundingan perjanjian yang sedang berlangsung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat