China Bakal Buka Zon Ekonomi Baru di Hebei

48

Timbalan Perdana Menteri China, Zhang Gaoli menekankan keperluan untuk mempunyai perancangan yang mantap di dalam zon ekonomi baru selari dengan cita-cita tinggi kerajaan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di utara China.

Kenyataan ini dilaporkan oleh agensi berita Xinhua semalam.

Zon tersebut yang didirikan di wilayah sekitar 100 km dari barat daya Beijing akan menempatkan beberapa aktiviti tidak berasaskan modal yang dipindahkan dari Beijing. Kawasan yang dikenali sebagai Hebei kini berkeluasan 100km persegi dan dijangka akan berkembang menjadi 2,000km persegi.

Kawasan tersebut juga menjadikan Zon Ekonomi Khas Shenzhin sebagai model setelah selepas model itu dikatakan membantu pembaharuan ekonomi China pada tahun 1980.

Beliau yang melawat kawasan berkenaan pada Sabtu mengatakan bahawa kerajaan perlu merancang dengan baik sebelum mengambil sebarang tindakan disamping berusaha untuk merancang dengan teliti kawasan pembinaan.

Zhang turut menegaskan kawalan ketat hartanah dan melindungi warisan sejarah dan budaya serta alam sekitar.

Beijing yang juga menempatkan 22 juta orang, juga dikatakan sedang dalam usaha untuk melakukan menempatkan semula industri di Hebei bagi membendung pencemaran dan kesesakan di bandar berkenaan.

Logam Berharga Kembali Bertenaga!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat