China Balas Dendam Pada AS!

441

Kerajaan China telah mengumumkan bahawa pembelian dua logam untuk mengeluarkan elektronik dan semikonduktor perlu memohon permit eksport bermula pada 1 Ogos.

Dua logam tersebut adalah germanium dan galium yang sangat penting dalam membuat cip komputer, peralatan komunikasi, kenderaan elektrik dan panel solar.

Langkah ini dilihat berpotensi menyebabkan lebih banyak gangguan kepada rantaian bekalan global yang sudah sedia goyah.

Terdahulu pada hari Isnin, Kementerian Perdagangan China berkata ia akan mengawal eksport lapan produk galium dan enam produk germanium.

Walaupun dikatakan bertujuan melindungi keselamatan dan kepentingan negara, tetapi ia juga dilihat sebagai tindak balas kepada sekatan yang semakin meningkat oleh Amerika Syarikat dalam menyekat kemajuan teknologinya.

China adalah pengeluar dominan kepada dua logam itu, dengan menghasilkan 60% germanium dunia dan 80% galium, menurut Critical Raw Materials Alliance.

Ekoran daripada tindakan itu, syarikat-syarikat yang terkesan mula berlumba-lumba untuk mendapatkan bekalan sebelum sekatan terhadap eksport lain turut menyusul.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat