China Berang! Amerika ‘Boikot’ Olimpik Beijing 2022

768

Amerika Syarikat mengumumkan pemboikotan diplomatik Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang akan berlangsung di Beijing sebagai tentangan kepada kekejaman hak asasi manusia China.

Ekoran daripada itu, pentadbiran Biden tidak akan menghantar sebarang perwakilan diplomatik atau rasmi ke Sukan Olimpik Musim Sejuk dan Paralimpik Beijing 2022, tetapi membenarkan atlet mereka ke China untuk bertanding.

Langkah ini dibuat susulan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah kemanusiaan China yang berterusan di Xinjiang dan pelanggaran hak asasi manusia lain, menurut Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki pada Isnin.

Dalam laporan berasingan, China menyelar tindakan pentadbiran Biden dengan mengatakan ia adalah lakonan politik yang diarahkan sendiri oleh Washington. Namun, ia dikatakan tidak akan memberi kesan kepada temasya tersbeut kerana tiada jemputan diberikan kepada ahli politik AS.

Jurucakap misi China ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengatakan Amerika hanya mahu mempolitikkan sukan, mewujudkan perpecahan dan mencetuskan konfrontasi.

Beijing juga mengatakan ia akan mengambil tindak balas yang keras terhadap tindakan tersebut yang pastinya bakal memburukkan lagi hubungan kedua-dua pihak.

Perbalahan terbaru antara dua ekonomi gergasi tampaknya tidak memberi kesan kepada pasaran, menyaksikan dagangan matawang sensitif risiko dolar Aussie dan kiwi masih meneruskan kenaikan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat