China Bersedia Untuk Berunding Dengan Amerika Syarikat Pada September Ini!

540

Sentimen pada hari ini kembali pulih pada hari ini susulan perkembangan hubungan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat yang semakin positif. Menurut menteri perdagangan China pada hari ini, China dan Amerika Syarikat sedang memperbincangkan jadual rundingan secara bersemuka pada bulan September dan berharap syarat yang ditawarkan Washington adalah adil.

Pada Jumaat lepas, presiden Donald Trump telah mengatakan bahawa beliau akan menambah pengenaan tarif sebanyak 5% ke atas $550 billion barangan China. Tindakan ini dilakukan susulan selepas China mahu mengenakan tarif ke atas $75-billion barangan Amerika Syarikat.

Menurut juru bicara menteri perdagangan China pada hari Khamis, China berharap Amerika Syarikat membatalkan pengenaan tarif tambahan bagi mengelakkan ketegangan perang dagang. Tambah beliau perkara paling penting pada ketika ini ialah mencipta keadaan dimana-mana kedua-dua pihak dapat meneruskan rundingan.

Dalam masa dua tahun ini, pihak pentadbiran Trump telah menggesa China agar mereka menghapuskan apa yang dipanggil amalan perdagangan yang tidak adil oleh Amerika Syarikat dan mengubah polisi harta intelektual. Walaubagaimanapun, China telah berkali-kali menafikan tuduhan tersebut.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.22% pada paras 98.333 setakat jam 10.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat