China Bidas Dakwaan AS Isu Virus!

289

China membidas dakwaan Amerika Syarikat (AS) yang menuduh Beijing menyembunyikan beberapa maklumat penting berkaitan wabak Covid-19 daripada pasukan penyiasat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh China semalam, Beijing berkata AS telah merosakkan kerjasama antarabangsa berhubung Covid-19 dan kini menuding jari ke arah negara-negara lain yang setia menyokong WHO dan WHO itu sendiri.

“China menyambut baik keputusan Presiden AS, Joe Biden untuk menarik balik langkah pentadbiran bekas Presiden Donald Trump untuk meninggalkan WHO”.

“Bagaimanapun, China berharap AS akan mengambil sikap serius, bersungguh-sungguh, telus dan bertanggungjawab serta menyokong kerja WHO dengan tindakan sebenar dan memberikan sumbangan sewajarnya kepada kerjasama antarabangsa berhubung Covid-19,” ujar kenyataan berkenaan.

Terdahulu, menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Penasihat Keselamatan Nasional White House, Jake Sullivan sebagai berkata, Washington bimbang tentang cara dapatan awal kajian dan mempersoalkan proses yang digunakan sepanjang penyelidikan Covid-19.

“Sangat penting untuk laporan itu bebas daripada campur tangan daripada kerajaan China.

“Untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai pandemik ini dan bersedia untuk gelombang seterusnya, China harus menyediakan data-datanya daripada peringkat awal penularan wabak berkenaan,” kata Sullivan merujuk kepada usaha WHO menyiasat asal-usul penularan wabak Covid-19 di bandar Wuhan, China.

Pasukan penyelidik WHO melawat Wuhan selama hampir sebulan. Mereka melawat pasar, hospital dan pusat penyelidikan termasuklah Institut Virologi Wuhan yang disyaki menjadi penyebab penularan pandemik disebabkan koleksi spesimen virus kelawar yang disimpan di situ.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat