China Buat ‘Kacau’, Harga Minyak Jatuh!

16,229

Harga minyak menjunam paras terendah dua minggu selepas China mengumumkan rancangan untuk melepaskan simpanan minyak negara ke pasaran melalui lelongan awam untuk mengurangkan tanggungan kos yang tinggi kepada kilang-kilang tempatan.

WTI Amerika Syarikat didagangkan suram pada $68.06 setong pada sesi Asia, selepas menyusut 1.7% pada Khamis. Sementara niaga hadapan minyak mentah Brent pula diniagakan pada $71.33 setong, setelah mencatat kejatuhan 1.6% pada sesi sebelumnya.

Pelepasan ini, dilihat sebagai campur tangan yang belum pernah terjadi sebelumnya di pasaran global.

Menurut pentabiran rizab negara China, langkah itu akan menstabilkan penawaran dan permintaan pasaran domestik dengan lebih baik dan menjamin keselamatan tenaga negara dengan berkesan.

Seorang penganalisis mengatakan pelepaan dari rizab itu berlaku kerana China perlu menggantikan bekalan yang mereka beli untuk muatan September dan Oktober dari Shell di Teluk Mexico AS.

Namun, Royal Dutch Shell, pengeluar minyak terbesar di teluk itu, telah membatalkan beberapa kargo eskport kerana kerosakan pada fasiliti yang disebabkan oleh Taufan Ida.

Kira-kira 1.4 juta tong sehari pengeluaran minyak mentah masih terhenti di Teluk Mexico dan 1 juta tong sehari kapasiti penapisan juga masih di luar talian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat