China Cari Pasal Dengan Taiwan, Ceroboh Ruang Udara

1,118

Pada hari ini, beberapa jet pejuang SU-30 milik China telah didapati menceroboh ruang udara Taiwan. Oleh yang demikian, kepulauan tersebut terpaksa mengerahkan jet tenteranya untuk menghalau mereka.

Selain itu, China didakwa mengambil tindakan itu setelah Taiwan mendedahkan rancangan mereka untuk mengadakan sesi latihan ketenteraan terbesar yang dikenali sebagai ‘Han Kuang’ pada bulan depan. Sesi latihan tersebut dikhabarkan merangkumi simulasi komputer dan latihan pertahanan.

Susulan dengan aktiviti pencerobohan berkenaan, Kementerian Pertahanan Taiwan telah pun mengemukakan amaran dan mengambil tindakan sewajarnya dengan mengusir beberapa jet pejuang milik negara kuasa besar itu yang didakwa berada di barat daya Taiwan.

Tambahan daripada itu, Taiwan juga telah memperketat kawalan di kawasan perairan dan ruang udara mereka bagi menjamin keselamatan wilayah mereka.

Untuk pengetahuan semua, China dikatakan telah lama mencetuskan ketegangan dengan Taiwan apabila Presiden Tsai Ing Wen dilantik pada 2016. Hal ini demikian kerana China tetap mengakui bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada wilayah negara itu. Bukan itu sahaja! Mereka juga berjanji akan merampas kepulauan tersebut pada suatu ketika nanti.

Sejak daripada itu, China telah menggunakan kuasa ketenteraannya bagi mengganggu wilayah berkenaan dengan menjalankan aktiviti pencerobohan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat