China Dalam Diam Jalankan Ujian Nuklear? – Amerika Syarikat Luah Kebimbangan!

450

Jabatan Negara Amerika Syarikat mendakwa bahawa China berkemungkinan diam-diam melakukan ujian letupan nuklear bawah tanah tahap rendah walaupun sebelum ini mereka mengakui telah mematuhi perjanjian antarabangsa yang melarang ujian letupan tersebut.

Dakwaan yang dilaporkan oleh The Wall Street Journal ini, mungkin boleh menambah ketegangan dalam hubungan antara dua gergasi ekonomi ini, lebih-lebih lagi sebelum ini juga Amerika Syarikat dan China juga saling membalas tuduhan mengenai isu penularan wabak COVID-19.

Walaupun laporan tersebut tidak menyertakan sebarang bukti yang kukuh, tetapi terdapat penggalian dan peningkatan aktiviti lain telah dikesan di kawasan ujian nuklear Lop Nur, China.

Menurut Jabatan Negara AS, China mungkin sedang melakukan persiapan untuk memulakan operasi di kawasan tersebut sepanjang tahun ini, memandangkan sebelum ini terdapat peningkatan aktiviti telah dikesan pada 2019.

Penggunaan ruang penahanan letupan, aktiviti penggalian yang diperluaskan di lokasi tesebut dan kekurangan ketelusan China dalam ujian nuklear telah menimbulkan kecurigaan bahawa negara itu telah melanggar perjanjian antarabangsa.

AS dan China sebelum ini telah menandatangani Perjanjian Larangan Ujian Komprehensif (CTBT), yang dimuktamadkan pada tahun 1996, namun ia belum mula dikuatkuasakan lagi memandangkan masih ada beberapa negara yang mengesahkannya.

Bagaimanapun, di bawah perjanjian tersebut China telah berjanji untuk mematuhi syarat-syarat CTBT manakala Amerika Syarikat pula telah mematuhi moratorium pengujian nuklear.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat