China Dan Amerika Syarikat Berunding Bagi Tangani Isu ‘Perang Dagang’

960

Berdasarkan laporan, pentadbiran Trump berunding dengan China dan meminta China mengurangkan tariff import kereta bagi membolehkan A.S meminta pemilikan majoriti asing firma perkhidmatan kewangan membeli lebih banyak semikonduktor buatan A.S.

Penasihat perdagangan White House Peter Navarro mengesahkan bahawa Presiden Trump meminta setiusaha kewangan Steven Mnuchin dan wakil perdagangan A.S Robert Lighthizer untuk menyelesaikan isu-isu yang boleh mencetuskan perang perdagangan dengan China.

Perdana Menteri China Li Keqiang pada hari Isnin mengatakan bahawa China dan A.S seharusnya mengekalkan rudingan ini dan menjamin akan memudahkan perdagangan A.S dan China.

Li Keqiang memberitahu persidangan, termasuk ketua eksekutif global bahawa China tidak akan memaksa firma asing untuk memindahkan teknologi dan akan memperketatkan undang-undang hak harta intelek.

Pentadbiran Trump menuntut agar China segera memotong sebanyak $100 bilion lebihan perdagangan dengan Amerika Syarikat yang kini berjumlah $375 bilion.

China menetapkan tarif 25% pada kereta A.S. dan kini sedangan merencanakan untuk menurunkannya, sementara Trump sering mengadu bahawa tariff import A.S. pada kenderaan penumpang hanya 2.5% sebelum ini.

Import China bagi kenderaan bermotor A.S. berjumlah $10.6 bilion pada tahun 2017, kira-kira 8% daripada keseluruhan import A.S.

China dilaportkan akan meningkatkan import semikonduktor A.S. Namun terdapat persoalan bagaimana mereka akan mengantikan cip Korea dan Taiwan dengan cip A.S.

China sangat bergantung kepada semi-konduktor asing. Namun import jumlah import semi-konduktur Amerika hanyalah 1% daripada jumlah import semikonduktor China pada tahun lepas berdasarkan pengiraan Reuters.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat