China Enggan Jadi ‘Mangsa Buli’

409

Kerajaan China nampaknya enggan terus ‘dibuli’ apabila melaksanakan garis panduan global baharu bagi syarikat-syarikat teknologi negara itu.

Inisiatif terbaharu oleh Beijing itu melarang syarikat-syarikat daripada memperoleh data dan pemantauan berskala besar terhadap orang ramai di negara lain.

Perdana Menteri China, Wang Yi berkata, inisiatif berkenaan turut menggesa firma teknologi agar tidak mewujudkan jaringan rahsia terhadap data dan rangkaian mereka.

Amerika Syarikat (AS) sering kali mendakwa syarikat teknologi China, Huawei mempunyai jaringan rahsia dalam peralatannya.

Selain Huawei, TikTok dan WeChat turut menjadi ‘mangsa buli’ oleh AS selepas Washington menyatakan kebimbangan kedua-dua aplikasi itu mengancam keselamatan nasional.

Bulan lalu, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo melancarkan Clean Network, satu pelan global untuk mengecualikan firma telekomunikasi, aplikasi dan pembekal simpanan awan China daripada infrastruktur Internet yang digunakan oleh AS serta negara lain.

Kelmarin, pembekal cip terbesar China, Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC) berdepan kemungkinan akan disenarai hitam oleh kerajaan AS.

Tindakan tersebut akan menyekat sebarang pembekal daripada membekalkan teknologi yang diperbuat di AS tanpa kebenaran khas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat