China, EU Bakal Mulakan Rundingan Untuk Selesaikan Pertelingkahan

276

Pertikaian antara Kesatuan Eropah (EU) dan China hampir diharapkan untuk menemui penyelesaiannya apabila dilaporkan pada hari ini mereka akan mengadakan perbincangan melalui panggilan video.

Perbincangan itu merupakan yang kali pertama setelah ketegangan berlarutan selama beberapa bulan berikutan oleh tuduhan EU ke atas Beijing dengan dakwaan telah menyebarkan maklumat palsu berkenaan coronavirus.

Usaha tersebut melibatkan dua wakil EU iaitu Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen, Presiden Majlis Eropah Charles bersama Perdana Menteri China Li Keqiang dan Presiden Xi Jinping.

Pegawai rasmi EU menjelaskan China telah memberi tekanan kepada EU yang mempertikaikan kebolehan mereka dalam menangani wabak coronavirus, menggunakan laman sosial untuk menyebarkan laporan palsu mengenai EU yang dikatakan telah mengabaikan pesakit Covid-19. Dakwaan itu ditolak China.

Tidak cukup dengan itu, EU juga berhadapan dengan tekanan daripada Amerika Syarikat (AS) yang mendesak mengenakan tindakan tegas ke atas China sekaligus mendorong EU tersepit di antara dua kuasa besar.

EU turut meluahkan kebimbangan terhadap pengenalan undang-undang baru China ke atas Hong Kong kerana risiko status dan peranan kota itu sebagai hab kewangan global. Ini membangkitkan kemarahan parlimen China.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana selain berbeza pendapat mengenai isu Hong Kong, kedua-dua negara itu turut tidak berpuas hati dengan perundingan perjanjian pelaburan.

Pada 2015, EU dan China menandatangani perjanjian nuklear Iran, dan Brussels mahukan kerjasama dengan Beijing mengenai dasar iklim. Sebaliknya berlaku apabila EU menuduh China gagal membuka ekonomi walaupun terdapat perjanjian 2019 untuk melakukannya.

Sementara itu, Jerman telah menangguhkan sidang kemuncak barisan pemimpin EU dengan Presiden Xi pada September akan datang dengan alasan wabak coronavirus, walaupun diplomat mengatakan sebahagian daripada perkara itu adalah kerana kebuntuan terhadap rundingan pelaburan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat