China Kebal ‘Redah’ Pandemik Covid-19

299

Data ekonomi penting di China meningkat secara dramatik dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, sekali gus memperlihatkan pemulihan ekonomi yang berterusan bagi negara terbabit.

Hasil perindustrian China meningkat sebanyak 35.1% pada Januari dan Februari berbanding bulan yang sama tahun lalu.

Data ekonomi yang kukuh itu melangkaui jangkaan penganalisis.

Peningkatan permintaan asing telah membantu mendorong pertumbuhan eksport lebih tinggi untuk China. China sering dilabel sebagai ‘kilang dunia’ berikutan kos buruhnya yang rendah.

Kerajaan China telah menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi tahunan yang sederhana untuk tahun ini iaitu di atas 6% meskipun penganalisis meramalkan negara itu akan merekodkan pertumbuhan sekitar 8%.

China merupakan satu-satunya negara ekonomi utama yang mencatatkan pertumbuhan positif pada tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 2.3%.

Menurut jurucakap biro statistik China, Liu Aihua, ekonomi negara itu akan meneruskan pemulihannya.

Bagaimanapun, beliau mengatakan wujud ketidakseimbangan dalam pemulihan ekonomi China dan kerajaan perlu meningkatkan sokongan terhadap sektor pengguna.

Jualan runcit, satu lagi petunjuk ekonomi utama, meningkat sebanyak 33.8% meskipun kadar pengangguran melonjak 5.5% pada akhir bulan lalu berbanding 5.2% ketika Disember.

China melaksanakan sekatan perjalanan sebelum cuti Tahun Baru China pada bulan lalu. Langkah itu menyebabkan perbelanjaan terhadap aktiviti pelancongan, restoran dan riadah berkurangan.

Data penjualan runcit menunjukkan barangan kemas (99%) dan kereta (78%) merupakan produk yang banyak dibeli ketika Tahun Baru Cina.

“Produk ini memberitahu kami bahawa para pengguna banyak berbelanja ketika cuti Tahun Baru Cina,” ujar Ketua Ekonomi untuk Greater China di ING Bank, Iris Pang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat