China Keluarkan Kenyataan Baru Selepas Ancam Akan Bertindak Balas Terhadap Pengenaan Tarif AS!

378

Pada Khamis hari ini, China telah mengeluar kenyataan bahawa mereka akan bertindak balas jika Amerika Syarikat memulakan ketegangan dagangan dan teknologi dengan meneruskan pengenaan tarif tambahan ke atas barangan import China pada 1 September nanti.

Berdasarkan laporan, Beijing akan mengenakan tindakan yang sepatutnya berkenaan hal ini. Walaubagaimanapun, tiada rincian yang dikeluarkan mengenai adakah pelan atau tindakan tersebut akan memberi kesan atau tidak.

Kenyataan ini telah memberi impak kepada pasaran kewangan apabila bursa Dow Jones dibuka rendah dan matawang US dolar juga mengalami penyusutan pada sebelah petang hari ini.

Namun, kenyataan susulan yang terkini menunjukkan China telah mula berlembut. Kenyataan terbaru menunjukkan China berharap dapat bertemu dengan wakil Amerika Syarikat bagi membincangkan isu perdagangan yang sedang dihadapi.

Menurut jurubicara, Hua Chunying ‘ Kami berharap pihak Amerika Syarikat akan bersemuka dengan China dan meneruskan kesepakatan yang telah dicapai oleh 2 pemimpin negara tersebut semasa di Osaka lepas.

Sebelum ini Trump telah mengancam China untuk mengenakan tarif ke atas $300 billion bermula 1 September. Walaubagaimanapun, sebahagian tarif tambahan ditangguhkan sehingga Disember dan beberapa senarai barangan dikecualikan daripada pengenaan tarif. Menurut Trump tidakan tersebut bagi mengelakkan impak yang bakal dihadapi sempena musim Christmas.

Setakat ini kedua-dua belah telah bersetuju akan menangguhkan perbincangan dalam tempoh 2 minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat