China Kemaskini Senarai Pengurusan Kuota Tarif Import

304

Berhubung perkembangan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China, Menteri Perdagangan China pada Rabu menyatakan bahawa China merancang untuk mengeluarkan minyak kacang soya, minyak biji rotan dan minyak kelapa sawit daripada senarai pengurusan kuota tarif import mereka.

Laporan tersebut adalah susulan daripada kenyataan sebelum ini di mana syarikat-syarikat pembeli di China diarahkan untuk menghentikan urusan pembelian produk pertanian daripada Amerika Syarikat sebagai tindak balas terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengumumkan tambahan tarif terhadap $300 bilion barangan import China pada awal September nanti.

Komoditi juga dikeluarkan daripada draf senarai pengurusan kuota tarif yang dipaparkan pada laman web rasmi Kementerian Perdagangan, bermaksud mereka tidak akan tertakluk terhadap sekatan yang mungkin dikenakan terhadap produk lain seperti gandum, jagung dan beras.

Draf tersebut akan dibuka untuk maklum balas umum sehingga 22 Ogos.

Dagangan Yuan China masih lagi diniagakan melebihi paras 7.00 per dolar ekoran tindakan bank pusat China yang sengaja membiarkan nilai Yuan rendah selepas Washington melabel Beijing sebagai pemanipulasi matawang dengan hubungan dagang antara dua ekonomi gergasi dunia tersebut terus tegang.

Sentimen pasaran tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan dengan aset safe-haven akan terus menjadi pilihan pelabur dalam suasana pasaran yang berisiko. Pelabur bimbang ketegangan yang melanda antara Amerika dan China akan terus menjejaskan kesihatan ekonomi global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat