China Lockdown Lagi! Ini Terjadi Pada Pasaran Penghujung Minggu

375

Sentimen pasaran dinilai berisiko pada dagangan penghujung minggu ini susulan laporan terbaru berkenaan pengumuman China terhadap sekatan pergerakan di Chengdu, bandar yang memiliki populasi 21 juta penduduk berikutan penularan virus Covid-19.

Ini memberi kelebihan kepada US dolar sebagai mata wang safe-haven untuk mengukuh pada dagangan Khamis semala.

Selain itu juga, pengukuhan US dolar telah didorong oleh terbitan data sektor pembuatan Amerika Syarikat (AS) tinjauan ISM dengan bacaan Ogos mengekalkan angka pada bulan sebelumnya, mengatasi jangkaan penurunan.

US dolar kekal meneruskan pengukuhannya ke paras tertinggi 20 tahun berdasarkan bacaan indeks, dan mencapai paras tertinggi 24 tahun berbanding Yen.

Namun begitu, pelabur bakal berwaspada terhadap risiko pergerakan US dolar pada hari ini (Jumaat) menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada sesi New York sebentar lagi.

Selepas bacaan data ADP yang mengukur sektor swasta AS yang suram, pelabur menjangkakan laporan data NFP juga turut merosot dengan unjuran pertambahan pekerjaan di bulan Ogos yang lebih rendah.

Beralih perkembangan di Eropah, tumpuan kekal terarah kepada krisis tenaga yang berlarutan. Suruhanjaya Eropah sedang berusaha campur tangan untuk menangai kos tenaga yang terlalu tinggi selepas Rusia memotong bekalan gas ke Eropah. Presiden Ursula von der Leyen akan berucap berkenaan perkara tersebut pada 14 September.

Syarikat minyak Rusia, Gazprom kini memotong saluran gas ke Perancis, sementara Jerman resah menjangkakan syarikat tersebut akan menutup saluran Nord Stream 1 sekali lagi pada pertengahan Oktober.

Timbalan Perdana Menteri Rusia, Alexander Novak menyatakan Rusia akan meningkatkan pengeluaran minyak tahun ini, menyokong lanjutan perjanjian OPEC+ melepasi 2022.

Hal ini berkemungkinan akan memberi kesan penurunan pada harga minyak dengan jangkaan permintaan yang merosot dalam sentimen pasaran yang berisiko.

Dolar Kanada dijangka akan mengalami tekanan, selain mata wang komoditi dolar Australia dan dolar New Zealand juga sedang didagangkan menurun.

Komoditi emas juga terkesan menyaksikan penurunan nilai pada aset berharga itu jatuh ke paras $1,690 per auns setakat Khamis semalam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat