China Mahu Kembali Jalinkan Kerjasama Perdagangan Yang Baik Dengan Amerika Syarikat?

206

Perdana Menteri China Li Qiang pada hari Rabu menyeru ke arah kesatuan dengan menyatakan China dan Amerika Syarikat sepatutnya memperkukuhkan hubungan ekonomi dan perdagangan dan dalam masa yang sama Washington sepatutnya mengelakkan perseteruan dengan China. Ucapan ini diungkapkan  semasa pertemuan  beliau dengan delegasi Amerika yang berkunjung, menurut laporan radio kerajaan China.

“Memperkukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan adalah situasi yang menguntungkan kepada kedua-dua negara,” kata Li kepada delegasi yang dipimpin oleh ketua Dewan Perdagangan, Suzanne Clark.

“Mencari kesenjangan dan membina halangan tidak sejajar dengan kepentingan asas kedua-dua belah pihak,” tambah beliau.

Li berkata syarikat-syarikat Amerika Syarikat dialu-alukan untuk terus melabur di China dan menekankan bahawa halangan-halangan yang dikenaan tidak akan membawa  kepentingan asas kepada kedua-dua belah pihak.

Clark sedang memimpin sebuah delegasi bekas pegawai kerajaan Amerika Syarikat ke Beijing minggu ini, kata kumpulan tersebut. Kunjungan itu berlaku ketika Amerika Syarikat dan China secara beransur-ansur meneruskan kerjasama selepas ketegangan dalam jalinan kerjasama dalam beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk perselisihan pendapat mengenai masa depan Taiwan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat