China Mahukan Perbincangan Perdagangan Lain Sebelum Tandatangani Perjanjian Fasa Pertama!

254

China inginkan sekali lagi pusingan perbincangan rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat sebelum menandatangi perjanjian yang diutarakan oleh Presiden AS Donald Trump pada minggu lepas.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh CNBC, setakat ini belum ada kepastian adakah pusingan rundingan tambahan akan diadakan di Beijing ataupun Washington. Walaubagaimanapun, delegasi China yang dipimpin wakil Perdana Menteri Liu He mengkhendaki rundingan ini diadakan sebelum akhir bulan bagi menyelesaikan fasa pertama perjanjian perdagangan.

Disisi lain, Bloomberg melaporkan bahawa China menginginkan Amerika Syarikat membatalkan kenaikan tarif yang dijadualkan akan mula berkuatkuasa pada Disember ini.

Rundingan perdagangan antara AS dan China yang berjalan minggu lepas telah berakhir dengan baik sebagaimana yang dikatakan oleh Trump bahawa kedua belah pihak telah mencapai persetujuan fasa pertama  yang sangat penting.

Sebahagian daripada perjanjian tersebut China akan menangani isu harta intelek yang diutarakan oleh AS dan membeli produk pertanian AS bernilai $40-$50 billion. Sebagai tukaran, AS bersetuju untuk menunda kenaikan tarif pada minggu ini.

Walaupun Trump menyebutkan hasil perbincangan tersebut berjaya mencapai kesepakatan namun media China hanya menyebut hasil perdagangan berjaya mencapai kemajuan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat