China ‘Makin Menyampah’ Dengan AS!

576

Umum mengetahui bahawa krisis antara China dan Taiwan masih belum berakhir malah semakin tegang. Hal ini demikian kerana negara kuasa besar berkenaan berkeras menegaskan bahawa kepulauan kecil Taiwan adalah wilayah mereka. Selain itu, pertolongan yang diberikan oleh Amerika Syarikat kepada Taiwan dianggap sebagai unsur campur tangan dalam urusan China.

Oleh yang demikian, Kementerian Luar China telah mengemukakan amaran bahawa Amerika Syarikat perlu menghentikan urusan campur tangan mereka. Sementara itu, ianya dikemukakan setelah Presiden AS, Donald Trump menandatangani Undang-undang Taiwan Assurance 2020.

Berdasarkan perjanjian berkenaan, AS akan memberikan pakej bantuan dan perbelanjaan pandemik yang bernilai sebanyak $2.3 trilion dolar.

Sehubungan dengan itu, ianya dikhabarkan telah mencetuskan kemarahan China lalu menggesa agar AS menghentikan campur tangan mereka dalam urusan antara China dan Taiwan. Persoalannya, apakah tindakan yang bakal diambil oleh China selepas ini ?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat