China Membelanjakan 30 Peratus Daripada Jumlah Pelaburan Pada Tahun 2016 Ke Dalam Sektor Minyak dan Gas!

53

Perancang Negeri di China berkata pada Rabu bahawa China menyiapkan hampir 7.92 trillion ($1.15 Trillion) Yuan nilai pelaburan dalam projek-projek utama menjelang akhir 2016.

Pembangunan Negara dan Suruhanjaya Pembaharuan (NDRC) mengumumkan jumlah ini dalam satu taklimat berita di Beijing.

Kira-kira 30 peratus dilaburkan oleh China terhadap projek-projek infrastruktur utama khususnya dalam sektor minyak dan gas.

China juga dilaporkan menghabiskan hampir 22 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan bagi bidnag pengangkutan termasuk pembinaan landasan keretapi, lebuh raya dan lapangan terbang.

15 peratus lagi peruntukan digunakan untuk pelaburan dalam tenaga bersih (clean energy).

Lebihan sebanyak 679.90 Billion Yuan pula telah dibelanjakan kepada bidang-bidang pencemaran seperti projek-projek pencegahan pencemaran udara.

Dalam laporan terbabit, sebagai perbandingan, NDRC turut melaporkan bahawa China hanya menghabiskan kira-kira 30.4 Billion Yuan kedalam projek-projek utama yang bertujuan untuk menaik taraf sektor pembuatan dan meningkatkan daya saing dalam sektor itu.

Kebimbangan Terhadap Perjanjian Pembekuan Bekalan Kembali Menguasai Pasaran Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat