China ‘Menyampah’ Tengok Hubungan AS-Taiwan

416

Amerika Syarikat (AS) didakwa menjejaskan keamananan dan kestabilan di Selat Taiwan selepas kapal pemusnah Tentera Laut AS belayar menerusi perairan berkenaan ketika hubungan antara China dan Taiwan sedang tegang.

Menurut jurucakap tentera China, Zhang Chunhui dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memantau dan mengikuti kapal pemusnah yang dikenali sebagai USS Barry melalui perairan tersebut semalam.

AS bagaimanapun menyifatkan tindakan mereka itu adalah ‘satu langkah rutin’ di Selat Taiwan.

Tegas Chunhui, AS perlu menghentikan sebarang tindakan dan kenyataan berbentuk provokasi di Selat Taiwan.

Beliau juga menyatakan tentera China akan mempertahankan integriti wilayah negara itu serta mengekalkan keamanan dan kestabilan di selat terbabit.

Taiwan dalam satu kenyataan berasingan berkata, tenteranya juga memantau USS Barry namun menyifatkan situasi itu adalah normal.

China sering kali menganggap Taiwan sebagai wilayah yang perlu disatukan dengan mereka secara paksa jika keadaan mendesak.

Dalam pada yang sama, AS telah meningkatkan sokongannya terhadap Taiwan bagi menentang pengaruh Beijing di negara itu.

Susulan itu, Beijing telah menuduh Washington dan Taipei telah bersekongkol, malahan China dilihat meningkatkan aktiviti tentera udara berdekatan Taiwan baru-baru ini.

Pentadbiran White House ketika ini berusaha mempercepatkan penjualan peralatan ketenteraan kepada Taiwan termasuklah dron jenis MQ-9 dan sistem pertahanan peluru berpandu di pesisir pantai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat