China Mungkin Ucap ‘Selamat Tinggal’ Kepada Wang Tunai, Yuan!

2,991

People’s Bank of China (PBoC) merancang untuk menyenaraikan syarikat penghantaran makanan yang disokong oleh Tencent, Meituan Dianping ke dalam senarai platformnya bagi menguji penggunaan yuan digital di dunia nyata. Untuk pengetahuan semua, Meituan Dianping adalah medium penghantaran makanan yang berpusat di Beijing yang kini mempunyai lebih daripada 435 juta pengguna aktif dan merekodkan transaksi berbilion dolar setiap hari. Ianya dilihat sebagai salah satu peluang besar untuk menguji penggunaan yuan digital secara besar-besaran, yang juga dikenali sebagai Pembayaran Elektronik Mata Wang Digital atau DCEP.

Menurut sebuah sumber, syarikat tersebut telah mengadakan perbincangan dengan kumpulan penyelidikan bank pusat China iaitu Institut Penyelidikan Mata Wang Digital mengenai penggunaan matawang digital itu. Namun begitu, kedua-dua belah pihak tidak mendedahkan tentang butiran perbincangan mereka.

Bukan itu sahaja! Platform penstriman video yang disokong oleh Tencent Bilibili juga dilaporkan dalam perbincangan dengan PBoC untuk menguji digital yuan. Baru-baru ini, salah satu aplikasi e-hailing terbesar yang dikenali sebagai DiDi juga didakwa menyertai projek ini.

Walau bagaimanapun, PBoC telah mendedahkan bahawa mereka tidak mempunyai tarikh pelancaran khusus untuk yuan digital, tetapi bank pusat dan pusat penyelidikannya telah meningkatkan usaha mereka untuk mengkaji penggunaan CBDC di dunia nyata.

Pada bulan April, terdapat desas-desus mengatakan bahawa terdapat pelancaran aplikasi wallet di 4 bandar raya China iaitu Shenzhen, Chengdu, Suzhou dan Xiongan untuk ujian awal mata wang digital.

Meskipun dilanda dengan wabak COVID-19, China masih mampu untuk menguji dan melancarkan matawang digitalnya. Pada bulan Jun, bekas presiden National Council untuk Tabung Keselamatan Sosial Wang Zhongmin, telah mengumumkan bahawa China telah menyelesaikan penubuhan backend CBDCnya. Selain itu, pemerintah negara itu juga dikatakan sudah mula menggubal undang-undang tentang matawang digital pada bulan Mac tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat