China Sedang Dalam Usaha Mengukuhkan Lagi Ekonomi Mereka!

32

China dan New Zealand bersetuju untuk memulakan rundingan formal bagi meningkatkan perjanjian perdagangan bebas yang melibatkan kedua-dua negara iaitu (FTA).

Menurut emel yang dihantar kepada Perdana Menteri New Zealand, John Key, rundingan itu dilakukan bagi mengemaskini perjanjian FTA yang telah dimaterai sejak tahun 2008 lagi.

Rundingan pertama akan berlangsung pada separuh masa pertama 2017, diikuti dengan rundingan susulan yang akan mengambil tempat di China dan New Zealand. Kedua-dua negara juga ada mengeluarkan hasrat untuk mempercepatkan proses rundingan.

Antara isu yang terkandung dalam perjanjian kedua-dua negara ini termasuklah isu perdagangan seperti contoh, undang-undang kastam, e-dagang, dasar persaingan dana lam sekitar.

China telah mematerai perjanjian dengan New Zealand, yang juga merupakan negara barat pertama pada tahun 2008. Hal ini juga sekali gus membantu gergasi Asia tersebut untuk menjadi rakan kongsi barangan eksport terbesar di New Zealand. Nilai barangan yang di eksport dari New Zealand mencecah kira-kira NZ$ 12.2 Billion bersamaan ($9.54 Billion).

Jika perjanjian FTA ini dinaiktaraf, ia secara tidak langsung akan menambah perkhidmtan buat pengeksport produk tenusu terbesar di dunia iaitu New Zealand. Hal ini juga akan menguatkan lagi hubungan perniagaan tenusu yang sudah sedia kuat di antara China dan New Zealand.

Data CPI Kanada Mendatar Pada Bulan Oktober

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat