China Sedia Mengurangkan Eksport, Memberi Tekanan Kepada Sentimen Pasaran Minyak

38

Harga minyak mentah sedikit menyusut di awal sesi dagangan Asia selepas data bekalan minyak rasmi mingguan US meningkat, menambahkan kebimbangan pasaran terhadap prospek permintaan minyak global.

Pasaran hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) bagi bulan Disember di NYMEX susut 0.13% kepada $52.11, manakala minyak Brent di London Intercontinetal Exchange (ICE) susut 0.07% kepada $58.40 setakat jam 11.40 pagi.

China sebagai negara pengimport kedua terbesar dunia mengumumkan barisan pemerintah pada Rabu lalu dan menyatakan mereka bersedia untuk membaik pulih kualiti kehidupan rakyat dan mengurangkan eksport dalam industri bagi menjaga keperluan domestik. Perubahan ini dijangka akan mengambil masa tempoh 5 tahun dan akan memberi kesan yang buruk kepada permintaan minyak mentah global.

Semalam harga minyak tutup rendah dengan bekalan dan pengeluaran minyak mentah US hasil laporan rasmi Jabatan Maklumat Tenaga US (EIA) meningkat melebihi jangkaan walaupun bekalan gasolin jatuh lebih banyak daripada ramalan penganalisis.

Bekalan minyak mentah US naik 856,000 tong dalam minggu yang berakhir pada 20 Oktober, jauh daripada jangkaan yang melihat kejatuhan bekalan kepada 2.6 juta tong.

EIA turut melaporkan, peningkatan pengeluaran minyak US kepada 9.5 juta tong sehari (bdp) dan hasil eksport harian minyak mentah, diesel dan bahan petroleum lain naik kepada 7.66 juta tong pada minggu lepas.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat