China Sekat Cip Keluaran AS Dalam Peranti Kerajaan, Intel & AMD Disenarai Hitam!

297

China telah melancarkan garis panduan baharu yang akan menghapuskan pemproses AS dalam komputer dan server kerajaan dengan menyekat cip daripada syarikat Intel dan AMD.

Garis panduan itu diumumkan pada 26 Disember lalu dan kini dikuatkuasakan serta merta. Hal ini akan memberi kesan kepada sistem operasi Windos Microsoft dan perisian pangkalan data buatan asing kerana mereka lebih memilih alternatif dari China sendiri.

Agensi kerajaan yang lebih tinggi di peringkat perbandaran telah diarahkan untuk membeli cip dan sistem pengendalian yang lebih ‘selamat dan dipercayai’.

AMD dan Intel enggan mengulas mengenai laporan itu.

Ini berlaku ketika China telah meningkatkan industri semikonduktor domestiknya kerana ia berusaha untuk mengurangkan pergantungan kepada teknologi asing.

Semikonduktor ialah satu komponen halus dan canggih yang terdapat dalam pelbagai peranti daripada telefon pintar hingga ke peralatan perubatan. Sehingga ia mampu menjadi pusat perang teknologi antara Amerika Syarikat dan China.

Sementara itu, AS telahpun melaksanakan sekatan eksport bagi memintas Beijing daripada industri peralatan dan teknologi semikonduktor utama.

Pada Oktober 2022, Washington memperkenalkan peraturan ketat yang bertujuan untuk menyekat keupayaan China untuk mengakses, mendapatkan atau mengeluarkan cip konduktor termaju di tengah-tengah kebimbangan kerana China boleh menggunakannya untuk tujuan ketenteraan.

AS kemudiannya melancarkan undang-undang baharu pada Oktober 2023 bagi menghalang firma reka bentuk cip AS iaitu Nvidia daripada menjual cip AS termaju ke China.

Sejak 2019, syarikat teknologi China seperti Huawei dan pembuat cip terbesar China iaitu SMIC telah dikenakan sekatan oleh AS dengan tujuan menyekat akses mereka ke atas teknologi canggih.

SMIC juga tidak dapat memperoleh mesin litografi ultraungu yang sangat canggih untuk membuat cip termaju daripada firma ASML.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat