China Tidak Dedahkan Realiti Sebenar Covid – WHO

250
  • Data China tidak menunjukkan situasi sebenar
  • Beijing hanya merekodkan 22 kematian sejak Disember
  • Kriteria untuk mengklasifikasikan kematian diubah

Data rasmi China tidak menggambarkan kesan sebenar wabak coronavirus di negara itu, dakwa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengarah kecemasan WHO, Mike Ryan berkata angka semasa yang didedahkan Beijing tidak menunjukkan situasi sebenar dari segi kemasukan hospital, kemasukan ke ICU dan kematian.

Komen itu muncul ketika lebih banyak negara mengenakan sekatan perjalanan ke atas pelawat dari China berikutan peningkatan mendadak dalam jangkitan Covid di negara itu.

Menurut media kerajaan yang memetik kenyataan seorang doktor di sebuah hospital terkemuka Shanghai, 70% daripada penduduk bandar itu kini mungkin telah dijangkiti coronavirus.

Selain itu, pakar kesihatan antarabangsa pula meramalkan sekurang-kurangnya satu juta kematian berkaitan Covid di China tahun ini jika tiada tindakan segera diambil.

Pun begitu, data rasmi dari Beijing hanya merekodkan 22 kematian akibat wabak itu sejak Disember dengan kriteria yang dikurangkan untuk mengklasifikasikan kematian sedemikian.

Ia hanya mengambil kira kes yang melibatkan radang paru-paru atau kegagalan pernafasan disebabkan Covid dalam laporan kematiannya, bermakna statistik rasminya sendiri tidak mencerminkan realiti sebenar.

Dalam pada itu, agensi PBB akan bertemu semula dengan saintis China pada hari Khamis sebagai sebahagian daripada taklimat yang lebih meluas di kalangan negara anggota mengenai situasi global Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat