China Turunkan Kadar Faedah, AUD/USD Menjunam Ke Paras Terendah 11 Tahun!

340

Pergerakan aktif harga bagi matawang dolar Australia dipamerkan pada sesi pasaran Asia pagi ini menjadi tumpuan para pelabur.

Tumpuan pada awalnya adalah pada penerbitan laporan data pekerjaan Australia. Ekonomi Australia mencatatkan pertambahan 13,500 pekerjaan berbanding jangkaan 10,000 pekerjaan untuk bulan Januari. Namun adalah lebih rendah berbanding bulan sebelumnya pada 28,700.

Kadar pengangguran pula meningkat kepada 5.3% mengatasi jangkaan 5.2% dan lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya pada 5.1%. Peningkatan tersebut adalah tertinggi untuk 3 bulan.

Susulan laporan pekerjaan tersebut dikeluarkan, dolar Aussie cuba mempamerkan kenaikan dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD membuat kenaikan ke paras 0.66940.

Harga yang menguji paras halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) gagal naik lebih tinggi sebelum kembali semula ke zon support 0.66700 yang diuji pada dagangan semalam.

Seterusnya, sesi Asia dihangatkan lagi dengan laporan pemotongan kadar faedah oleh People’s Bank of China (PBOC) bertujuan untuk merangsangkan semula ekonomi yang terjejas kesan oleh penularan wabak Coronavirus COVID-19.

Susulan tersebut, Australia yang begitu sensitif terhadap ekonomi China turut mencatatkan penurunan pada nilai matawangnya.

Penyusutan nilai Aussie telah memperlihatkan penurunan harga pada carta AUD/USD yang telah menembusi zon support 0.66700 dan merekodkan penurunan ke paras terendah terbaru untuk tempoh 11 tahun.

Setakat jam 10 pagi waktu Malaysia, penurunan telah mencecah sekitar 50 pips ke paras terendah terbaru sekitar 0.66400.

Momentum penurunan harga yang dikekalkan akan terus mendorong harga turun ke paras lebih rendah lagi pada dagangan hari ini.

Jika harga kembali membuat kenaikan, paras 0.66700 sebelum ini akan kembali diuji yang membentuk zon SBR (support become resistance) yang baru.

Perubahan sentimen akan melihatkan kenaikan harga akan cuba melepasi zon SBR sekitar 0.67000 yang akan memberi isyarat perubahan trend.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat