Co-Founder Pun Kena Tipu Dalam Dunia Kripto, Apa Kes ni?

695

“Haih tu la korang hati-hati jau, jangan tekan je website sebarangan.”

Bill Lou, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan co-founder Nest Wallet yang menjadi mangsa serangan pancingan data mata wang kripto sehingga kehilangan 52 stETH bernilai $125,000 telah meminta bantuan pengawal aset digital ZackXBT dan pihak lain.

Kehilangan dana itu telah tercetus apabila website palsu menyamar sebagai platform token LFG (less fees and gas) rasmi muncul bagi melakukan airdrop kepada pengguna yang membelanjakan lebih $4,269 untuk yuran transaksi sejak tahun 2016.

Semasa cuba menuntut airdrop LFG, Lou yang mengakui menggunakan MetaMask dan bukannya Nest Wallet telah mengklik pautan daripada artikel muncul di bahagian atas carian Google yang mengarahkannya ke website penipuan.

Kemudian, Luo menasihati pengguna untuk sentiasa mengesahkan pautan daripada sumber rasmi termasuk mempertimbangkan menggunakan wallet multisig sebagai sebahagian daripada keselamatan yang dipertingkatkan.

Sebagai tindak balas pada insiden itu, projek LFG yang mengakui masalah tersebut telah menyiarkan amaran mengenai akaun penipuan yang menyamar sebagai mereka dan menggesa pengguna melaporkan akaun sedemikian untuk bantu melindungi komuniti.

Perancangan projek LFG adalah untuk menurunkan 400 bilion LFG kepada 387,000 wallet yang layak, tetapi token tidak dituntut ditetapkan untuk dibakar selepas dua bulan di mana kini harganya didagangkan pada $0.000069.

Umum mengetahui penipuan pancingan data terus menjadi isu penting dalam ruang kripto susulan lebih 324,000 pengguna aset digital pada 2023 telah menjadi mangsa penipuan pancingan data sehingga mengakibatkan $295 juta dalam kripto hilang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat