Coinbase Dapat Lesen Penuh Beroperasi Di Singapura!

297

“Nampak gayanya Coinbase lepas ni senang la nak berurus niaga dengan Singapura.”

Selepas pengawal selia negeri memberi kelulusan prinsip pada Oktober lalu, bursa mata wang kripto Coinbase akhirnya berjaya menerima lesen institusi pembayaran utama (MPI) daripada Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Lesen itu bukan sahaja akan membenarkan Coinbase menawarkan produk dan perkhidmatan token pembayaran digital (DPT) terkawal malah membuka jalan pada rangkaian perkhidmatan DPT untuk individu atau institusi.

Pada tahun ini, Coinbase telah memperkenalkan pelbagai pilihan pendanaan baharu, antaranya adalah PayNow, pindahan bank FAST dan sistem onboarding SingPass sebagai salah satu cara untuk melaksanakan integrasi tempatan.

Selain pengesahan operasi Coinbase, lesen tersebut juga adalah bertujuan untuk mewakili janji dan tanggungjawab komuniti kripto dan Web3 yang semakin berkembang di Singapura.

Menurut Hassan Ahmed, pengarah Coinbase Singapura berkata bursa aset digital sangat menekankan pengawalseliaan yang jelas, inovasi termasuk kepercayaan pengguna, oleh itu negaranya berhasrat mengambil pendirian progresif terhadap pasaran kripto termasuk Web3.

Menerusi pemerhatian, 25% rakyat Singapura telah melihat kripto sebagai masa depan kewangan manakala 32% pula mempunyai beberapa bentuk pemilikan aset digital yang sejajar dengan misi dan visinya.

Susulan lebih sedozen firma telah menerima MPI dan kelulusan prinsip daripada MAS, bursa kirpto crypto.com dan pengeluar stablecoin berpangkalan di Boston Circle adalah antara syarikat terkini yang dianugerahkan lesen penuh pada Jun 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat