Coinbase Lancarkan Pasaran NFT Kepada Pengguna!

299

‘Adakah hype NFT akan kembali semula?’

Umum mengetahui bahawa Coinbase merupakan sebuah aplikasi pertukaran mata wang kripto terbesar dari Amerika Syarikat (AS).

Namun kini Coinbase Global Inc mengorak langkah lebih besar dengan menceburi dunia non-fungible token (NFT) dengan menawarkan kemudahan pasaran NFT dalam aplikasinya.

Perkara tersebut telah disahkan oleh Coinbase sendiri menerusi kenyataan yang dipaparkan pada laman Twitter rasmi syarikat.

Sungguh pun begitu, Coinbase menyatakan pasaran NFT yang diperkenalkan tersebut masih dalam peringkat awal (beta) dan mereka sedang berusaha menambah pelbagai fungsi ke dalam platform tersebut.

Sebagai rekod, pasaran NFT tersebut pertama kali diperkenalkan pada Oktober tahun lalu dan hanya dibuka kepada ‘sekumpulan kecil‘ pengguna di AS sahaja pada April.

Syarikat tersebut perlahan-lahan akan menambah lebih ramai pengguna daripada senarai menunggunya dalam tempoh 3 ke 5 minggu akan datang sementara platform tersebut masih dalam beta.

Populariti NFT mungkin sudah berkurangan jika nak dibandingkan semasa awal tahun 2021 namun penawaran baru oleh Coinbase ini mungkin boleh merancakkan semula trend NFT, ataupun mungkin tidak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat