Coinbase Nak Luaskan Kuasa Ke Negara Kanggaru!

96

Coinbase, exchanger mata wang kripto berpangkalan di Amerika Syarikat bakal mengembangkan perkhidmatannya di Australia dengan melancarkan entiti tempatan dan rangkaian perkhidmatan yang terkini untuk pelabur kripto.

Nana Murugesan, naib presiden pembangunan antarabangsa dan perniagaan Coinbase menyatakan keyakinannya terhadap pasaran tempatan yang membuahkan hasil semasa berlakunya keadaan bullish.

Malah, kesedaran rakyat di Australia bahawa mata wang kripto adalah masa depan kewangan menjadi pendorong kepada mereka untuk mengambil langkah ini.

Sebagai permulaan, mereka akan membina infrastruktur setempat dengan menggabungkan entiti tempatan (Coinbase Australia Pty Ltd) bagi menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang digital bersama Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Australia, agensi perisikan kewangan negara itu.

Difahamkan, Coinbase bakal menyediakan pedagang kripto Australia dengan pembayaran pantas baharu untuk akaun bank tempatan, akses kepada platform dagangan serta perkhidmatan sokongan 24/7.

Bagi mengikut kehendak Australia, Coinbase juga akan menumpukan perhatian pada kawasan tempatan dalam beberapa bulan.

Sementara itu, Coinbase turut membuat perjanjian bersama Hab Inovasi Blockchain Universiti RMIT untuk meneliti lagi potensi Web3 di Australia.

Ekoran itu, exhanger kripto tersebut berkolaborasi dengan Universiti New South Whales dan lain-lain bagi mencipta kursus serta membantu program penyelidikan.

Dalam pada itu, Coinbase juga akan mengkaji dasar kripto sesebuah negara yang mempunyai arah tuju jelas agar dapat mengembangkan lagi syarikatnya ke Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat