Cointelegraph Akhirnya Lancarkan Koleksi NFT Artikel Bersejarah Kripto!

150

Setelah sekian lama tertangguh, akhirnya non-fungible token (NFT) Cointelegraph Historical yang ditunggu-tunggu berjaya dilancarkan selepas pengumpulan waitlist lebih 400,000 peserta terlaksana.

Rentetan itu, waitlist dibenarkan membeli NFT tersebut pada 23 November manakala untuk orang awam pula akan disiarkan secara langsung pada 1 Disember.

Sementara 500 individu terawal yang menyertai waitlist akan mendapat sepenuhnya akses mencetak artikel Cointelegraph kegemaran masing-masing sebagai NFT.

Sungguhpun dunia kripto atau blockchain kurang memberi perhatian terhadap sejarah dunia, Cointelegraph dengan beraninya mengorak langkah mewujudkan NFT berkaitan artikel yang terjadi di seluruh negara.

Diperjelaskan lebih terperinci, NFT Cointelegraph Historical membenarkan para pembeli peluang menyaksikan sejarah artikel Cointelegraph dijadikan sebagai koleksi digital untuk diperdagangkan kembali atau memilikinya.

Oleh demikian, para peminat Cointelegraph sudah mula melihat NFT mereka di pasaran digital Opensea walaupun terdapat beberapa lagi koleksi digital tersebut yang belum dimasukkan lagi.

Selain itu, NFT Cointelegraph Historical dikatakan telah memeterai perjanjian bersama Mintmade yang menganugerahkan token digelar “Minting Points” kepada individu terpilih.

Difahamkan bahawa token tersebut akan membolehkan para pemegang mencetak NFT itu secara percuma susulan harga kos pembuatan artikel adalah pada $20.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat