Corak ‘Bullish’ EUR/USD Bakal Diteruskan Minggu Ini?

164

Mata wang Euro berpeluang untuk pamer prestasi lebih cemerlang di awal minggu ini berbanding US dolar.

Ini adalah kerana isyarat hawkish oleh bank pusat Eropah (ECB) pada minggu lalu ayng disampaikan ketika mesyuarat polisi yang menyaksikan kenaikan kadar faedah agresif sebanyak 75 mata asas telah dilaksanakan.

Sementara, nada hawkish dalam ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di penghujung minggu nampaknya gagal untuk menyokong pengukuhan US dolar.

Sebaliknya US dolar pamer prestasi merosot pada penutupan dagangan minggu ini sementara pelabur akan berwaspada menantikan pula beberapa data ekonomi Amerika Syarikat (AS) minggu ini seperti data inflasi, indeks harga pengeluar dan data jualan runcit.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD mula memaparkan corak kenaikan harga yang positif pada penghujung minggu lalu selepas reaksi mesyuarat ECB.

Selepas harga gagal melepasi paras sokongan pada 0.98800, kenaikan harga telah diteruskan sehingga mencapai paras 1.01000 yang menjadi rintangan harga di sesi sesi terakhir minggu lalu.

Harga yang telah bergerak semula di atas paras pariti 1.0000 dan juga paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD memberi petunjuk positif untuk pergerakan trend bullish.

Kenaikan harga di awal minggu ini dijangka untuk menembusi rintangan pada zon 1.01000 sebelum menguji paras 1.01600 pula.

Kenaikan yang diteruskan dilihat akan mensasarkan pada zon ketinggian sekitar 1.03000 untuk merekodkan paras tertinggi 5 minggu.

Namun, sekiranya harga gagal melepasi cabaran pada rintangan 1.01000, penurunan harga boleh berlaku semula dan pelabur akan menilai isyarat perubahan trend bearish harga semula.

Paras tumpuan sebelum ini seperti paras 1.0000 dan 0.99500 akan kembali menjadi tumpuan untuk potensi sebagai paras sokongan harga semula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat