Corak Kenaikan Harga Diteruskan Lagi Pada Carta EUR/USD

298

Terus memberi ruang kepada kebanyakan mata wang utama untuk meningkat nilainya pada dagangan sesi New York semalam ekoran reaksi pasaran terhadap komen Jerome Powell dalam acara pencalonan pengerusi Federal Reserve (Fed) untuk penggal baru.

Powell menjelaskan bahawa ekonomi Amerika Syarikat (AS) sudah bersedia untuk kenaikan kadar faedah serta pengurangan pembelian bon untuk mengimbangi inflasi. Namun, beliau menyatakan para penggubal polisi masih dalam perbincangan untuk mengurangkan kunci kira-kira (balance sheet) dan memerlukan beberapa kali mesyuarat lagi sebelum keputusan dapat dibuat.

Pemain pasaran menterjemahkan ucapan Powell adalah kurang hawkish berbanding sebelum ini dan membuatkan US dolar menyusut menjelang laporan data inflasi AS pada hari ini pula.

Oleh itu, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada Selasa semalam masih meneruskan lagi corak kenaikannya mengambil kesempatan di atas kesempitan US dolar.

Lonjakan 60 pips pada sesi New York dari paras sekitar 1.13130 sehingga ke paras ketinggian 1.13750 untuk catatkan paras tertinggi mingguan.

Pergerakan harga yang kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) memberi isyarat untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan jangkaan zon resistance pada 1.14000 akan diuji.

Adakah harga bakal berjaya tembusi rintangan tersebut untuk catat paras tertinggi terbaru lagi selepas 8 minggu?

Sebaliknya jika harga menjunam semula berkemungkinan reaksi positif pasaran terhadap US dolar susulan data inflasi malam nanti, harga boleh berpatah arah semula untuk memulakan trend bearish.

Penurunan bakal menuju zon support 1.12500-1.12400 dahulu sebelum meneruskan penurunan lebih rendah ke zon support tumpuan 2021 iaitu pada 1.12000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat